Search This Blog

membaca JOM!


                                  just a note for all :)

happy tk bermakna happy je . sedih tk bermakna sedih je . kehidupan manusia ni sentiasa diuji oleh allah s.w.t . n ap yang mesti kite buat hanye bersabar, coz org yg terkuat di sisi allah hanye org yg bersabar . kn bagus klw buat mcm tu . lagi erat hubungan silaturrahim klw dgn manusia n lagi kuat iman kita klw dgn mcm2 dugaan :) . yg penting ganjaran dy byk sgt bila bersabar . eceh , mcm ustad pulak aku ni :D. but memperingati kn tk salah . n aku ni hanye manusia biase . bile aku salah korang pulak ingtkan aku , it's right ? :) . n ape yg penting , jadi la diri sendiri sbb hidup lebih bahagia bile kite jadi diri sendiri . tapi klw terikut-rikut dengan gaye or kelakuan orang mcm mane pulak ? hehe , rase happy tu ade tapi sekejap je coz diri dy sorg yg tau .n lame kelamaan orang akan tau jugak perangai kita yg sebenar coz dy tk boleh bwk dgn perangai yg dy tiru tu , n akibatnye individu tk berminat nk berkawan dgn kite .betul tk ? tu je yang aku boleh smpaikan setakat ni . n  klw ad sape2 nk tambah , komen je kt bawah ni oke ? :) 



Pernah dengar cerita ni ? 
        Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Karak. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan.





   Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Karak, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.
    Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.
    Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut.Dipercayai , kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.



10 Virus Komputer Paling Merbahaya

Kepada anda yang ingin mengetahui apakah virus yang paling merbahaya dan paling dahsyat sekali sejak 1986, anda boleh lihat di bawah dan berhati - hati dengan kewujudan virus - virus ini.:-)

Brain, 1986

Virus ini merupakan virus pertama yang ditemui pada tahun 1986. Tetapi virus ini tidak terlalu merosakkan komputer. Setelah munculnya virus ini,ia menjadi perangsang kepada pencipta malware dan 100000 pencipta virus bagi abad seterusnya.

Michelangelo, 1991


Virus ini merupakan virus MS-DOS yang paling teruk sekali kerana ianya menyerang apa saja yang masuk ke komputer anda seperti disket dan pendrive. Setelah menyebarkan virus selama berbulan - bulan secara senyap, virus ini diaktifkan dan merosakkan data-data yang tersimpan di dalam komputer anda.

Melissa, 1999

Virus melissa diambil nama bersempena nama seorang penari bogel. Virus ini akan disebarkan melalui emel dan dihantar kepada beribu-ribu orang. Pencipta virus ini telah dikenakan penjara selama 20 bulan.

ILOVEYOU, 2000

Virus ini merupakan virus pertama yang menggunakan tipu helah bagi menyuruh anda membuka sesuatu fail yang telah dijangkiti virus. Fail tersebut dibuat dalam skrip VBS kononnya merupakan surat cinta dan menyuruh anda membacanya.

Code Red, 2001

Virus ini menyerang melalui server web dan merosakkan laman web melalui serangan ke atas satu hos IP.

Nimda, 2001

Virus ini dibuat berdasarkan virus COde Red dan melancarkan serangan melalui laman web, emel dan sambungan internet seperti Yahoo messenger dan sebagainya.

Klez, 2001

Virus ini akan menghantar maklumat melalui emel dan mendakwa Bill Gates ingin memberi wang percuma kepada pembaca emel tersebut. Pembaca yang teruja akan klik dan virus tersebut secara automatiknya akan tersebar. Jadi, berhati-hati kepada anda yang inginkan wang percuma dari Bill Gates ataupun Microsoft.:-).


Slammer, 2003

Virus ini merupakan antara virus yang amat pantas sekali tersebar. Ini kerana ia boleh menjangkiti kira - kira 75000 buah komputer dalam masa 1 minit. Kesannya ialah ia akan melembabkan internet anda dan merosakkan laman web. Virus ini juga lebih kurang Code Red cara penyebarannya.

MyDoom, 2004

Virus ini merupakan yang paling cepat sekali dalam sejarah disebarkan melalui emel. Ia akan selalu menghantar emel ke komputer anda dalam dalam kuantiti yang banyak.

Storm, 2007

Virus ini disebarkan melalui emel spam dan telah menjangkiti lebih 10 juta buah komputer.





10 Tips Menjaga Handphone

1. Jangan Simpan Dalam Poket

Bagi lelaki yang suka menyimpan handphone didalam poket seluar, sebaiknya selepas membaca artikel ini anda akan berfikir dua kali kerana, handphone menghasilkan medan elektrostatik dan elektromagnetik yang mengakibatkan ketidaksuburan lelaki.

2. Jangan Dekat Dengan Barangan Elektronik

Jangan gunakan handphone ketika isyarat lemah berdekatan barangan elektronik berkuasa tinggi. Contoh barangan elektronik mengeluarkan medan elektonik yang tinggi seperti televisyen, oven, peti sejuk, radio dan lain-lain. Daya yang dikeluarkan oleh barangan tersebut boleh mengakibatkan kebakaran pada printer circuit board (pcb) dalam handphone terbakar.

3. Jangan Dekat Dengan Kunci Kereta

Dalam keadaan tertentu, handphone yang digunakan dalam kendaraan akan memberikan kerosakan terhadap peralatan elektronik kenderaan. Handphone yang diletakkan terlalu dekat dengan kunci kenderaan boleh mangakibatkan terhapusnya kod yang ada dalam sistem elektronik pada kunci kenderaan tersebut.

4. Jangan Terlalu Dekat Dengan Komputer

Komputer dan handphone adalah alat yang mempunyai gelombang elektromagnetik. Jika berada dalam jarak yang dekat, maka keduanya akan saling merosakkan.

5. Jangan Simpan di Tempat Bersuhu Tinggi

Tempat bersuhu tinggi, kelembaban tinggi dan berdebu merupakan musuh bagi handphone anda. Mungkin anda tidak menyedari yang anda sering kali “menjemur” handphone anda di atas dashboard kereta, tingkap dan beg.

6. Jangan Meletakkan Kad SIM Berdekatan Magnet

Bahaya kad SIM dekat dengan benda-benda yang mengandung magnet kerana radiasi yang dipancarkan. Handphone juga berkebolehan untuk merosakkan kad memori dan kad kredit anda.

7. Jangan Dekat Dengan Logam

Hindari handphone anda daripada berdekatan dengan logam-logam kecil kerana speaker handphone anda akan menarik benda-benda tersebut. Handphone akan mengalami kerosakan fizikal.

8. Jangan Dekat Dengan Alatan Hospital

Kebanyakan hospital adalah tempat yang paling tak sesuai untuk handphone. Selaian pesakit memerlukan ketenangan, peralatan media seperti alat bantuan pendengaran dan alat pengepam jantung akan terganggu. Jangan kerana handphone, anda menjadi seorang pembunuh dalam senyap

9. Jangan Dekat Dengan Gas Yang Mudah Terbakar

Gas merbahaya kerana mempunyai tekanan yang tinggi dan juga mudah terbakar. Berada dekat dengan gas yang mudah terbakar boleh mengakibatkan handphone anda tidak berfungsi dengan baik.

10. Jangan Basah

Rasanya kita semua sudah tahu betapa bahayanya air bagi handphone. Air juga musuh kepada kamera handphone. Apatahlagi ketika musim hujan, boleh mengundang banyak masalah. Bagi penunggang motorsikal, bersiap sedialah untuk menyembunyikan handphone anda sebelum hujan tiba.




Kisah Misteri Lautan Tiga Segi Bermuda 
KEGEMBIRAAN Christopher Columbus dan anak kapalnya menemui benua Amerika pada 1492 tiba-tiba saja bertukar menjadi mimpi ngeri.
Tanpa diduga, ketika meneruskan pelayaran, kumpulan ekspedisi berkenaan tidak hanya menemui benua baru itu tetapi turut berhadapan dengan fenomena mistik yang meremangkan bulu roma dan menyeramkan.
Di tengah samudera luas, secara tiba-tiba jarum kompas di kapal Columbus bergerak tanpa arah yang pasti. Kejadian aneh berkenaan semakin membingungkan kerana ia berlaku ketika cuaca di luar kapal begitu baik.
Peristiwa mistik tidak tamat di situ saja. Tidak lama selepas itu, ketika malam menjelma, kalangan kelasi dikejutkan dengan kemunculan bebola api yang terjatuh ke dalam laut tidak beberapa jauh daripada kapal berkenaan.
Mereka juga melihat satu lintasan cahaya dari arah ufuk yang kemudian menghilang begitu saja. Pengalaman aneh itu dicatatkan Columbus ketika menceritakan mengenai ekspedisinya meninjau wilayah baru itu.
Dalam meneliti kawasan Amerika yang baru dijumpai itu, pelayar terbabit mungkin sedikit gerun selepas mendapati kawasan itu bukanlah bumi biasa, terdapat sesuatu yang misteri mengenai wilayah itu.
Sememangnya wilayah mistik yang dilalui Columbus itu terus kekal misteri sehingga kini. Kawasan terletak antara Miami di Florida, Puerto Rico di Jamaica dan Bermuda terus menyimpan rahsia yang tidak dapat dipecahkan selama ratusan tahun.
Columbus dan ahli ekspedisinya boleh dikatakan agak beruntung berbanding pihak lain yang melalui kawasan yang kini dikenali ‘Segitiga Bermuda’
itu.
Ahli pelayaran kurun ke-15 itu sekadar diperlihatkan kejadian aneh dan mistik tetapi ratusan kapal dan pesawat yang melalui perairan itu selepas Columbus terus ghaib tanpa dapat dikesan!
Peristiwa terbesar yang pernah terjadi di Segitiga Bermuda adalah lenyapnya kapal perang Inggeris iaitu Atlanta pada 1880.
Sebaik kapal besar itu melalui kawasan perairan berkenaan, ia terus lenyap bersama 300 kadet dan askar di dalamnya.
Rupanya Segitiga Bermuda tidak hanya ‘menelan’ kapal laut yang melalui kawasan perairannya tetapi juga di ruang udara yang terdapat dalam lingkungan pertemuan tiga negeri berkenaan.
Selain kapal laut, pesawat yang terbang di Segitiga Bermuda yang berkeluasan kira-kira 1.2 juta kilometer persegi itu turut ghaib tanpa dapat dikesan.
Peristiwa terbesar membabitkan kehilangan pesawat terbongkar pada 1990 apabila lima jet Grumman TBF Avenger AL AS yang tengah meronda melintas wilayah laut itu terus ghaib daripada radar pusat kawalan udara pada 5 Disember 1945, ketika waktu masih siang.
Penyiasatan mendapati komandan penerbangan sempat berhubung dengan pusat kawalan dan melaporkan yang kumpulan mereka mengalami ‘gangguan’ sebelum semua pesawat itu ghaib beberapa minit kemudian tanpa sempat memberi isyarat SOS.
Kehilangan lima pesawat itu menyebabkan sebuah pesawat lain iaitu Martin
PBM-3 Mariner diterbangkan untuk operasi mencari tetapi pesawat itu turut lenyap bersama 13 anggota di dalamnya. Operasi mencari turut gagal menemui serpihan pesawat berkenaan.
Tahun demi tahun berlalu, sekitar 1990, seorang peneliti tampil bersama penemuan menggemparkan apabila menjumpai kerangka pesawat di pantai Fort Launderdale, Florida. Ujian mendapati kerangka itu milik TBF Avenger yang hilang lebih 30 tahun sebelum itu.
Konflik lebih menarik berlaku dalam proses pencarian pesawat pengangkut
C-119 Flying Boxcar yang hilang pada 7 Jun 1965. Seperti kes lain, pesawat itu terbang melalui Segitiga Bermuda dan terus gahib tanpa dapat dikesan.
Operasi menyelamat dikerahkan tetapi tetap tidak menjumpai jejak serpihan ataupun mayat anggota dalam pesawat itu.
Kehilangan itu terus menjadi misteri sehinggalah pada 1973, seorang pengkaji UFO mengemukakan teori yang menarik tumpuan ramai pihak menerusi artikelnya yang diterbitkan Biro UFO Antarabangsa.
Dalam artikel itu dimuatkan kenyataan angkasawan Gemini IV, James McDivitt dan Edward H. White II. Mereka menceritakan pada waktu hilangnya pesawat C-119, dua angkasawan itu sedang mengamati wilayah sekitar Kepulauan Hawaii.
Menurut catatan NASA, pada 3 hingga 7 Jun 1965, kedua-dua angkasawan itu sedang melakukan eksperimen di luar kapsul Gemini dan McDivitt menyatakan dia melihat sebuah UFO meluncur di udara berhampiran Hawaii. Beberapa minit kemudian, White turut menyaksikan objek lain yang berbentuk serupa.
Sejak itu, cerita mengenai UFO yang ‘menculik’ C-119 terus heboh sehingga menarik perhatian ramai pihak. Bagaimanapun, pihak yang skeptikal dengan kenyataan itu tetap menyangkal dengan tanggapan bahawa kedua-dua angkasawan itu mungkin tersalah anggap.
Sehingga kini, kes membabitkan pesawat C-119 Flying Boxcar, TBF Avenger, Martin PBM-3 Mariner, kapal laut Atlanta serta ratusan lagi kes kehilangan kapal dan pesawat di kawasan itu terus kekal misteri dan tidak dapat diselesaikan.
Bagaimanapun, terdapat persamaan dalam kebanyakan kes – ghaib ketika keadaan cuaca baik, kapal dan pesawat tidak memiliki masalah atau kerosakan teknikal, perhubungan radio antara pesawat dan kapal dengan pusat kawalan berjalan biasa sehinggalah ia terus terputus tanpa disangka.
Banyak teori dikaitkan sebagai punca misteri Segitiga Bermuda. Ada yang mengemukakan teori lingkungan waktu, medan graviti terbalik, anomali magnetik-graviti, fenomena gempa laut, serangan gelombang besar termasuk dikaitkan dengan lubang hitam di angkasa.
Teori lebih pelik adalah wilayah itu dikatakan markas UFO di Bumi ini, pusat pemerintahan kota Atlantis yang tenggelam ribuan tahun lalu, kota manusia duyung selain pusat persembunyian Dajal.
Walau pelbagai teori dikemukakan, tiada satu pun yang menyingkap rahsia sebenar mengenai misteri wilayah segitiga itu.
Selepas lebih 500 tahun daripada peristiwa mistik yang menghantui Columbus, pelbagai kejadian aneh bagaikan tidak berkesudahan sekali gus meletakkan Segitiga Bermuda sebagai antara wilayah paling misteri di dunia ini.
pesawat TBF avenger 1942
pesawat PBY catalina
pesawat lockheed PV-1 ventura
pesawat PB4Y privateer
pesawat SBD-5 dauntless
pesawat PBY-5A catalina
pesawat PBM martin mariner
pesawat B-24 liberator
pesawat flight 19
pesawat C-54
pesawat star tiger



10 Tanda dilamun cinta

1. Anda tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja/pelajaran kerana asyik teringat-ingatkan si dia. Kosentrasi terganggu.Prestasi kerja dan pelajaran juga terjejas.Selalu datang kerja lewat dan pulang cepat hanya kerana mahu menemuinya.Bagi yang masih belajar, byk assignment yang tidak/lambat siap keran asyik melayan perasaan.
2. Nasihat ibubapa, adik beradik, kawan-kawan tidak lagi digunapakai.Kalau dulu bila bermasalah, merekalah tempat anda mengadu, kini setelah bercinta, semuanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
3. Anda memberi handphone anda kepada teman lelaki supaya ia boleh memakainya dan anda membayar bilnya.
4. Anda sanggup bersusah payah terhendap-hendap mencari pondok telefon awam pada malam yang gelap supaya anda boleh menghubungi sidia sekadar mahu mengucap selamat malam.
5. Anda mengantuk, letih dan penat, tetapi anda gagahkan juga menghabiskan masa bersama si dia. Penat pun takpe.Tidak tidur pun takper.
6. Anda dan si dia menjadi bayang-bayang-anda mengikutnya atau si dia mengikut anda, kemana saja!
7. Dia melayan anda dengan teruk, dan anda masih gembira keluar dgnnya siang dan malam.
8. Kawan-kawan memberi amaran yang memang dia kaki tipu, tetapi anda kata dia akan berubah.
9. Anda berhutang piutang kerananya dan anda berhabis-habisan wang kerananya.
10. Kalau dulu anda enjoy mendampingi kawan-kawan, kini anda tidak lagi menghabiskan masa bersama mereka kerana bagi anda keluar dgn boyfriend lagi syok!


Rumah Hantu di Jepun. Paling Menyeramkan di Dunia



Rumah hantu yang terletak di kaki Gunung Fujikyu, Jepun ini telah diakui oleh Guiness Book of Record sebagai rumah hantu terbesar dan paling menakutkan di dunia.Rumah hantu yang terletak di kaki Gunung Fujikyu, Jepun ini telah diakui oleh Guiness Book of Record sebagai rumah hantu terbesar dan paling menakutkan di dunia.

Bangunan ini diubah menjadi rumah hantu dalam bentuk rumah sakit. Berbeza dengan rumah hantu yang lain, rumah hantu ini tidak mempunyai path atau direction yang sudah ditentukan. Para tetamu diharuskan berjalan sendiri. Di dalam rumah hantu juga terdapat banyak pintu / tingkap yang harus dibuka manual oleh para tetamu. Selain penataan interior yang mengerikan, rumah hantu ini juga dipenuhi oleh para pekerja yang berdandan ngeri seperti hantu sebenar.
Pelawat boleh memasuki rumah hantu ini dalam kumpulan yang ahlinya 2 atau 3 orang. Tidak hanya terlihat nyata, rumah hantu ini juga mempunyai bau yang menusuk. Bangunan rumah hantu ini panjangnya 700m. Jika pelawat tidak sesat, lebih kurang 50 minit untuk berjaya keluar dari bangunan. Tentunya, para pekerja juga selalu sedia untuk membantu pelawat keluar dari bangunan.

Rumah hantu ini penuh dengan liku-liku jalanan kecil di mana para pelawat biasanya tersesat. Untuk menambahkan lagi keseraman pelawat, audio juga dipasang dengan suara yg tinggi ( full volume ) seperti suara orang berteriak, suara perempuan ketawa, suara tangisan dan suara langkah kaki . Seram bukan ?

Bangunan tua yang terletak dibawah kaki Gunung Fuji ini dahulu pernah menjadi hospital yang sangat popular. Akan tetapi, tindakan beberapa doktor yang lebih mementingkan wang, rumah sakit ini ditutup setelah beberapa bulan dan doktor2 tersebut sempat membedah dan mengambil organ2 tubuh pesakitnya untuk dijual kemudian pesakit yang meninggal hanya ditanam dalam satu lobang. Diiktiraf tempat ini memang berhantu. Ada tetamu yang pernah melihat roh hantu jururawat yang membawa kepala manusia di tangannya.

Oke, jum kita masuk –>



10 Erti Senyuman

1. Senyum membuat Anda lebih menarik.
Orang yang banyak tersenyum memiliki daya tarik.
Orang yang suka tersenyum membuat perasaan orang disekitarnya nyaman dan senang.
Orang yang selalu merengut, cemburut, mengerutkan kening, dan menyeringai membuat orang-orang disekeliling tidak nyaman. Dipastikan orang yang banyak tersenyum memiliki banyak teman.
2. Senyum mengubah perasaan
Jika Anda sedang sedih, cobalah tersenyum.
Senyuman akan membuat perasaan menjadi lebih baik.
Menurut penelitian, senyum bisa memperdayai tubuh sehingga perasaan berubah..
3. Senyum menular
Ketika seseorang tersenyum, ia akan membuat suasana menjadi lebih riang.
Orang disekitar Anda pasti akan ikut tersenyum dan merasa lebih bahagia
4. Senyum menghilangkan stres
Stres bisa terlihat di wajah.
Senyuman bisa menghilangkan mimik lelah, bosan, dan sedih.
Ketika anda stres,ambil waktu untuk tersenyum.
Senyuman akan mengurangi stres dan membuat pikiran lebih jernih.
5. Senyum meningkatkan imunitas.
Senyum membuat sistem imun bekerja lebih baik.
Fungsi imun tubuh bekerja maksimal saat seseorang merasa rileks.
Menurut penelitian, flu dan batuk bisa hilang dengan senyum.
6. Senyum menurunkan tekanan darah
Tidak percaya? Coba Anda mencatat tekanan darah saat anda tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah saat anda tersenyum saat diperiksa.
Tekanan darah saat Anda tersenyum pasti lebih rendah.
7. Senyum melepas endorphin, pemati rasa alamiah, dan serotonin
Senyum ibarat obat alami.
Senyum bisa menghasilkan endorphin,pemati rasa alamiah, dan serotonin.
Ketiganya adalah hormon yg bisa mengendalikan rasa sakit.
8. Senyum membuat awet muda
Senyuman menggerakkan banyak otot .
Akibatnya otot wajah terlatih sehingga anda tidak perlu melakukan face lift.
Dijamin dengan banyak tersenyum Anda akan terlihat lebih awet muda.
9. Senyum membuat Anda kelihatan sukses
Orang yg tersenyum terlihat lebih percaya diri,terkenal, dan bisa diandalkan.
Pasang senyum saat rapat atau bertemu dengan klien.
Pasti kolega Anda akan melihat Anda lebih baik.
10. Senyum membuat orang berpikir positif.
Coba lakukan ini : pikirkan hal buruk sambil tersenyum. Pasti susah.
Penyebabnya, ketika Anda tersenyum,tubuh mengirim sinyal “hidup adalah baik”.
Sehingga saat tersenyum, tubuh menerimanya sebagai anugerah




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...